BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Wednesday, November 24, 2010

Tips kalo kene Rompak kat ATM

Salam smua... hari nie lin nak update tips kalo kene rompak kat mesin ATM... lin dapat email dari kawan... kesahihan nye tak dapat la lin nak sah kan sbb tak pernah try... huhu, pape pun sharing is caring kan ...  (^_^)  

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda
daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan
memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus
memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut
adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui
kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa
yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak
berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV
baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan
ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.
Sebarkan...

0 comments: